first and foremostaku nak kata yang aku sebenarnya bercita-cita gak nak jadi guru sebenarnya
so aku selalu baca berita atau artikel berkaitan dengan pendidikan di sekolah dan isu-isu tentang guru, sistem sekolah atau apa-apa berkaitan dengan matapelajaran di sekolah
so baru-baru ni aku ada baca berita kat berita harian seperti di bawah:
Kontrak GSTT disambung semula
1,614 guru akan dipanggil kembali berkhidmat bagi tampung kekurangan
KUALA LUMPUR: Seramai 1,614 guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan kembali senyum apabila Kementerian Pelajaran menyambung semula kontrak yang ditamatkan tahun lalu dalam masa terdekat bagi menampung kekurangan tenaga pengajar. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata bagi 578 guru GSTT di Sabah yang ditamatkan kontrak tahun lalu pula, kementerian turut memutuskan mengkaji semula kedudukan mereka berikutan sebahagian besar daripada mereka hanya berkhidmat selama dua tahun. Katanya, guru GSTT yang disambung kembali kontraknya adalah mereka yang berkhidmat selama tiga tahun berturut-turut.
Kementerian juga dalam proses untuk menyerap guru GSTT yang masih dalam kontrak dan sudah bertugas lebih tiga tahun ke jawatan guru tetap melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Dalam Cuti (KDC).
“Kita akan panggil kembali (guru GSTT) untuk ditempatkan semula di sekolah yang ada kekurangan guru. Jika sekolah mereka (mengajar) sebelum ini sudah dipenuhi guru terlatih, maka guru GSTT ini akan ditempatkan di sekolah lain.
“Daripada 1,614 guru GSTT berkenaan 388 akan ditempatkan di sekolah rendah dan selebihnya di sekolah menengah. Kedudukan guru GSTT di Sabah pula kita akan kaji, kerana ada juga guru GSTT yang berkhidmat lebih tiga tahun tetapi tidak secara berturut-turut,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, guru GSTT yang ditamatkan kontrak oleh Kementerian Pelajaran merayu supaya kontrak mereka dilanjutkan semula selain berharap dapat diserap sebagai guru tetap.
Sementara itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Hashim Adnan, berkata kementerian perlu mencari mekanisme khusus untuk menyerap lebih ramai guru GSTT sebagai guru tetap.
“Kalau boleh kementerian turut memanggil kembali guru GSTT yang sudah bertugas lebih setahun ataupun dua tahun, kerana mereka ini sudah memiliki pengalaman. Jadi kumpulan ini juga perlu dipertimbangkan,” katanya.
Hashim berkata, guru GSTT lepasan ijazah perlu diberi ruang untuk diserap sebagai guru tetap terutama bagi menampung keperluan kekurangan guru di sekolah menengah.
so apa kaitan cerita nih?
aku nak cerita yang guru nih profession yang limited dan tidak cukup...yer laaaa sorang guru ngajar satu kelas,satu pon tak de yang nak jadi guru...ye tak?
lagi satu...aku tergelak baca cerita nih bila teringatkan balik cerita ada timbalan menteri pelajaran tuh nak buat lesen proffesional untuk guru...gila ker apa...guru pon x cukup, nak di suruh lagi perlukan lesen...yang nak jadi guru memang dah sikit...dia buat cam gitu lagi sikit laa jadinya yang betul2 nak jadi guru...maksud aku yang betul berazam untuk nak jadi guru...
ni artikel yang aku cakapkan tadi tuh
Lesen untuk guru
Syarat mengajar bagi pelihara integriti profesion
KOTA BHARU: Kementerian Pelajaran menimbang untuk mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan, seperti doktor, peguam dan akauntan, bagi memelihara integriti profesion itu serta menjadikan sistem pendidikan negara bertaraf dunia.
Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata lesen perguruan itu telah dilaksanakan di Kanada dan sudah tiba masanya Malaysia menimbangkannya secara serius.
Mohd Puad berkata demikian ketika mengulas kes seorang guru mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di Sibu, Sarawak, ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.
Perbuatan guru berusia 32 tahun itu dikatakan bermula Mac lalu, tetapi semua mangsa termasuk seorang murid Tahun Enam yang juga adik iparnya, hanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu, Rabu lalu.
Mohd Puad berkata, kementerian memandang serius kejadian seumpama itu kerana sekiranya integriti guru tercemar, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada guru.
Beliau bagaimanapun berkata, cadangan memperkenalkan lesen perguruan masih di peringkat awal dan belum dikemukakan ke Kabinet.
“Kajian juga belum dibuat kerana benda ini bukan mudah, ia membabitkan 390,000 guru di negara ini. Namun, kementerian sedang berusaha untuk menerokainya demi menjaga kepentingan profesion perguruan,” katanya.
kelakar bukan ahli politik nih?